Tanggal 14 mac 2009
Dalam sejarah di UUM, aku memandu kete secara manual, gara2 untuk menjemput nando yang akan sampai pada pagi ini. Selain menjadi pemandu sementara, aku juga menjadi tukang tunjuk arah a.k.a pemandu pelancong dan jurufoto ayu dan nando. Setelah menjemput nando di Sahab Perdana, aku,ayu n nando g mkn di KFC (kat stadium as). Selesai makan disitu kami berangkat ke Jitra utk melawat ke Taman Tema Terunggul Di Utara iaitu Lye Huat Garden. Setibanya di sana kami membeli tiket yang berharga RM10, di dalamnya terdapat banyak benda2 yang menarik antaranya mini zoo (terdapat banyak haiwan iaitu pelbagai jenis burung, ular, buaya, harimau,kambing,monyet,tupai,dll), Taman Bonsai, Kolam Ikan, dll.setelah penat menjelajah Taman Tema itu, kami bertolak ke Joe Cendol untuk menghilangkan dahaga. Selapas it, kami ke Kuala Perlis untuk makan makanan laut di situ tetapi malangnye kami sampai terlalu awal kerna kedai2 di situ buka pada waktu petang hingga malam sahaja. Setelah menghirup udara di situ kami pulang ke UUM.
Tanggal 15 mac 2009
Dalam kul 6 petang, ayu col aku menyatakan dia dan nando datang nak ambik aku untuk bersiar-siar di dalam UUM. Kami singgah di Taman Rusa sebentar sebelum ke Dewan MAS. Lanskap di sana sangat cantik untuk diambil gambar. Setelah puas bergambar di sana , kami berangkat ke kolej untuk makan. Selasai makan, kami ke C-MART untuk membeli roti dan kek , sebagai bekalan nando di atas bas nanti. Tepat jam 8.30 malam, bas Durian Burung sampai, setelah nando naik bas itu , kami pon beredar dari situ dan balik ke kolej.
p/s: Thanks buat ayu dan nando kerna belanje ina makan..


